Dipercayai ada kaitan kes rasuah & penyelewengan, SPRM sita Bangunan Menara Ilham

Bangunan Menara Ilham di Kuala Lumpur dilaporkan disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia disita pada Isnin lalu, kerana dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes rasuah dan penyelewengan, lapor Buletin TV3 yang memetik sumber.

Laman berita itu juga melaporkan suatu notis penyitaan disiarkan di sebuah portal berita hari ini. Notis itu menyatakan arahan sita dikeluarkan oleh timbalan pendakwa raya SPRM, di bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM.

Seksyen tersebut membolehkan suatu harta tak alih disita sekiranya pendakwa raya berpuas hati bahawa ia ialah hal perkara suatu kesalahan bawah Akta SPRM, atau keterangan pelakuan kesalahan itu.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki dilapor mengesahkan penyitaan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*