DUA beradik ditahan kerana membunuh wanita hamil lapan bulan di sebuah kedai di Keboyaran Lama, Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Suspek dikenali AH dan JZ masing-masing berusia 26 dan 22 itu turut membunuh suami kepada wanita terbabit.
Pembunuhan itu berpunca daripada rasa sakit hati terhadap kata-kata mangsa yang meminta mereka berdua untuk tidak merungut ketika melaksanakan tugas.
“Ucapannya seperti yang penting kamu ikut saja arahan, jangan banyak komplain.
“Ya, mangsa hamil 8 bulan (33 minggu). Pelaku membunuh kedua-duanya kerana sakit hati dengan kata-kata yang pernah dilemparkan oleh mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Kebayoran Lama Komisioner Widya Agustiono.
Kedua-dua tertuduh dikatakan sudah lama merancang untuk membunuh pasangan tersebut yang dikenali sebagai D dan DS.
- Turut baca : Kahwin usia 15 tahun, dipenjara 19 tahun, digantung 29 tahun, kisah pilu Samira Sabzian undang air mata seluruh dunia
Mereka memasuki bilik ketika kedua-dua mangsa ketika itu sedang tidur.
Suspek JZ menyerang si suami menggunakan pisau daging yang baru dibeli.
Sang isteri terbangun dari tidur apabila menyedari suaminya diserang dan menjerit meminta pertolongan.
Situasi tersebut membuatkan pelaku panik lalu suspek AH menekup mulut wanita itu supaya senyap.
Menurut Widya, jeritan tersebut sempat didengari oleh dua orang pekerja mangsa iaitu S dan AK.
Bagaimanapun, percubaan mereka untuk membantu gagal dan turut mengalami kecederaan kerana diserang suspek.
Leave a Reply