Akui tak kuat hadapi kehilangan anak, titipan ibu Zayn Rayyan meruntun hati

‘MOMMY, daddy dan adik akan selalu datang melawat abang’.

Demikian perkongsian ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme yang dibunuh kejam meruntun hati.

Berkongsi foto pusara si kecil itu Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Ismanira menitipkan perasaan rindu dan bangganya kepada anakanda tersayang.

“Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga pernah lahirkan abang, penghuni syurga ALLAH.”

Lapan hari selepas pemergian, Ismanira Abdul Manaf, 28, mengakui dirinya tidak kuat menghadapi kehilangan.

Berkongsi foto pusara si kecil itu Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Ismanira menitipkan perasaan rindu dan bangganya kepada anakanda tersayang.

Akui tak kuat hadapi kehilangan anak, titipan ibu Zayn Rayyan meruntun hati

“Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga pernah lahirkan abang, penghuni syurga ALLAH.”

Lapan hari selepas pemergian, Ismanira Abdul Manaf, 28, mengakui dirinya tidak kuat menghadapi kehilangan.

“Mommy kadang-kadang tak kuat, sedih yang teramat tapi Mommy tak boleh terlalu ikutkan perasaan.

“Sebab Mommy juga kena beri perhatian kepada adik. Adiklah penguat semangat Mommy sekarang. Membesar dengan baik ya nak, insya-ALLAH,” titipnya dalam hantaran di Facebook Story.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga Allahyarham .

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya mempunyai kaunselor sekiranya khidmat itu diperlukan oleh keluarga Zayn Rayyan.

Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan apartmen.

Kehilangannya selama 32 jam berakhir pilu. Anak istimewa itu kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediaman.

Polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh susulan pergelutan dengan pembunuhnya. Hasil siasatan forensik juga mendapati Zayn telah meninggal dunia di tempat lain 48 jam sebelum ditemui di lokasi tersebut.

SinarPlus mendoakan agar pembunuh anak syurga ini segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*