SEORANG guru didakwa bertindak mengasari murid lelaki di khalayak ramai dalam satu program rasmi di sebuah sekolah rendah di Terengganu baru-baru ini.
Tindakan cikgu tersebut juga turut dirakam dan dimuat naik di media sosial oleh salah seorang guru di sekolah berkenaan ketika kejadian.
Menerusi video tular sejak Khamis, guru lelaki tersebut dilihat memarahi, melempang dan menendang kaki murid itu di hadapan kakitangan dan pelajar lain yang berada di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, pemilik video berkenaan juga memuat naik kapsyen yang berbaur kemarahan terhadap tindakan guru terbabit.
SIAL PERANGAI CIKGU NI! DIA TAMPAR BUDAK DEPAN ORANG RAMAI!
TERIMA KASIH CIKGU YANG DAH VIRAL KAN VIDEO NI. HARAP CIKGU NI DI BUANG KERJA WALAUPUN MIN TAHU KERAJAAN MEMANG SUSAH NAK BUANG KAKITANGAN, WALAUPUN ORANG TU BERMASALAH! pic.twitter.com/mWZxVjeUz6
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 13, 2023
“Kamu cikgu ke Guru Besar atau Penolong Kanan, tak kisahlah siapa pun. Cuma waktu nak marah atau tegur anak murid tu biar beradab sikit.
“Aku tak pernah buat pelajar aku begitu kalau nak marah sekali pun. Buat depan orang ramai pulak tu, biar cerdik sikit wahai cikgu,” tulisnya.
Pada masa sama, video itu turut menerima pelbagai kecaman dan majoritinya menggesa agar pihak sekolah mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut.
Salah seorang warga maya yang menggunakan akaun Twitter (X), @MALAYSIAVIRALLL mengambil kesempatan memuat naik video itu bersertakan respons balas yang menyatakan bahawa ia sesuatu yang bijak apabila tindakan tersebut dirakam.
Bukan itu sahaja, dia mengucapkan terima kasih kepada pemilik video itu dan berharap walaupun kerajaan sukar untuk memecat kakitangannya, namun guru tersebut tetap perlu dibuang.
“Ingat senang ke kerajaan nak buang staf. Ini silap hari bulan kena tukar. Sebab itu banyak staf kerajaan tak boleh pakai, macam dekat hospital, kalau staf bermasalah letak kat bahagian ‘porter’. Ada staf yang tak datang kerja setahun pun masuk balik,” tulisnya.
Sementara itu, seorang pengguna Maslina Dhouz berkongsi satu tangkap layar sekolah yang didakwa terbabit dalam insiden tersebut.
katanya, selepas video itu tersebar, sekolah tersebut telah menutup segala ruangan komen di akaun Facebook rasmi mereka.
Turut baca :
- Padah kahwin dua tanpa pengetahuan isteri, lelaki dipenjara tiga tahun
- Pemandu treler maut dalam nahas ngeri babit enam kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan
Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah berhubung kejadian.
Dalam perkembagan lain, Jabatan Pendidikan negeri (JPNT) kini sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan kejadian tersebut.
Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) JPNT, Azman Othman @ Abdullah, berkata, pihaknya tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana kes itu masih dalam siasatan, lapor Berita Harian pada Khamis.
“Kita mengesahkan tindakan awal sudah dilakukan selepas menyaksikan video yang ditularkan melalui Facebook berdurasi 41 saat seorang guru memukul kepala dan menolak seorang murid di sekolah itu.
“Kita difahamkan kejadian itu dikatakan berlaku di dewan perhimpunan ketika perhimpunan diadakan sempena Program Cegah Rokok dan Vape, kira-kira pukul 10 pagi pada Rabu,” katanya.
Leave a Reply