Padah kahwin dua tanpa pengetahuan isteri, lelaki dipenjara tiga tahun

Seorang lelaki diperintah menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan melangsungkan perkahwinan kedua tanpa pengetahuan isteri pertamanya di Karachi pada Isnin, lapor The Nation.

Difahamkan, isteri pertama lelaki itu memfailkan perkara tersebut kerana berang dengan tindakan suaminya yang mengahwini isteri kedua secara ‘haram’.

Ketika perbicaraan, peguam Saleem Michael berkata tertuduh tidak boleh dibenarkan untuk berkahwin dua di bawah Akta Perkahwinan Kristian.

Jelasnya, perkahwinan yang dibuat tanpa kehadiran isteri pertama adalah satu perbuatan yang dipercayai menyalahi undang-undang Kristian.

Selepas mendengar hujah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM494 ke atas tertuduh.
Isteri pertama tertuduh memfailkan kes terhadapnya di Balai Polis Mehmood Abad.

Polis segera mendaftarkan kes itu mengikut arahan mahkamah, seterusnya menggariskan akibat undang-undang yang dihadapi oleh individu yang didapati bersalah melakukan pelanggaran tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*