{VIDEO} Empat beranak berdepan detik menakutkan selepas motosikal dirempuh pacuan empat roda

EMPAT beranak berdepan dengan detik menakutkan selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) di Lebuh Raya Sungai Besi, Selangor pada Selasa.

Kejadian itu turut dirakam kamera papan pemuka (Dashcam) sebuah kenderaan lain di lokasi kejadian dan video itu turut tular di media sosial pada hari yang sama.

Menerusi video berdurasi seminit lebih berkenaan, kelihatan empat beranak tersebut berada di lorong kiri jalan sebelum motosikal mereka dihimpit dan dilanggar kenderaan 4×4 berkenaan.

Impak daripada pelanggaraan tersebut menyebabkan keempat-empat mereka terjatuh ke bahu jalan.

Malah salah seorang daripada mangsa yang juga kanak-kanak perempuan kelihatan cedera di kepala kerana jelas kelihatan ada tompokan darah di anak tudungnya.

Beberapa orang awam turut memberikan bantuan awal kepada mereka.

Walaupun video tersebut kelihatan seperti kemalangan langgar lari, namun pada penghujung rakaman tersebut jelas kelihatan kenderaan pacuan empat roda itu berpatah balik.

Malah, pemandunya yang memakai baju kolar hitam turun dan berlari ke arah mangsa dalam keadaan panik.

Dalam perkembangan lain, orang awam turut berkongsi keadaan terkini keadaan keluarga tersebut dengan berkongsi sebuah gambar yang memaparkan kanak-kanak perempuan itu sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

Pada masa sama, terdapat beg menunjukkan penunggang motosikal itu bekerja sebagai penghantar makanan p-hailing.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*