Beliau akan mengambil alih jawatan daripada Mohamad Hasan yang dilantik menteri luar negeri.
Naib Presiden Umno Khaled Nordin dilantik sebagai menteri pertahanan baharu dalam rombakan Jemaah Menteri Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Khaled, yang sebelum ini berkhidmat sebagai menteri pendidikan tinggi mengambil alih jawatan Mohamad Hasan yang akan berkhidmat sebagai menteri luar negeri. Mohamad ialah timbalan presiden Umno.
Zambry Abdul Kadir, yang sebelum ini berkhidmat sebagai menteri luar negeri telah ditugaskan ke portfolio pendidikan tinggi.
Naib Presiden Umno Johari Ghani dilantik menteri perladangan dan komoditi, mengambil alih portfolio itu daripada Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
- Turut baca : Akauntan ditemui maut tanpa seurat benang di Cheras
Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan pula bertukar daripada Kementerian Kewangan ke Kementerian Kerja Raya, berkhidmat sebagai timbalan menteri.
Ahli Parlimen Beaufort Siti Aminah Aching adalah satu-satunya wakil Umno yang digugurkan daripada barisan menteri dan timbalan menteri. Beliau sebelum ini adalah timbalan menteri perladangan dan komoditi.
Ahli Parlimen Lipis Abdul Rahman Mohamad juga ditukarkan sebagai timbalan menteri dari Kementerian Kerja Raya ke Kementerian Sumber Manusia.
Leave a Reply