Mahkamah arah PAS bayar hutang kepada pencetak Harakah

Mahkamah Sesyen mengarahkan PAS dan syarikat yang menerbitkan Harakah, akhbar milik parti itu, supaya membayar hutangnya kepada sebuah syarikat percetakan berjumlah lebih RM600,000.

Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun memberikan keputusan yang memihak kepada NAJ Press Resources Sdn Bhd selepas mendapati PAS dan Galeri Media Serbanika Sdn Bhd akui jumlah yang terhutang dalam surat-menyurat antara mereka.

Katanya, mahkamah menganggap maklumat itu suatu pengakuan oleh PAS dan syarikat penerbit Harakah berhubung hutang kepada NAJ Press Resources, maka mereka terikat olehnya.

Hakim ambil maklum bahawa ada bayaran dibuat pada 31 Okt 2017, namun hutang masih berbaki RM656,233.69.

“Mahkamah percaya bahawa pembelaan yang dibangkitkan hanyalah penafian semata-mata, dan fakta mengenai syarikat percetakan lain yang tidak relevan dengan tuntutan ini adalah tidak relevan dan cubaan untuk mengelirukan mahkamah,” tegas hakim.

Pada 2019 dilaporkan NAJ Press Resources menerusi suatu surat menuntut PAS dan syarikat penerbit Harakah membayar hutang cetakan sebanyak RM3,053,204.59.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilapor mengesahkan syarikat penerbit Harakah berhutang dengan sebuah syarikat percetakan, namun menafikan dakwaan ia sengaja ‘lari’ daripada syarikat itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*