Ibu trauma, anak lelaki melecur dipanah petir

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera dengan kesan melecur pada hampir seluruh badan akibat dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat, Kangar, Perlis pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, dalam kejadian pukul 7 malam itu, Muhamad Azizul Jaafar bersama ibunya, Nor Lelawati Abu Bakar, 39, sedang berjalan kaki untuk pulang ke ke rumah mereka dari rumah jiran.

“Kejadian berlaku ketika hujan. Ibunya keluar dari rumah untuk mengambil kanak-kanak lelaki ini di rumah jiran.

“Ketika dua beranak itu dalam berjalan pulang lalu terdengar dentuman kuat di langit sebelum kedua-duanya disambar petir,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kejadian itu mengakibatkan Muhamad Azizul mengalami kesan terbakar hampir seluruh badan, manakala ibunya, Nor Lelawati pula hanya mengalami trauma.

Yusharifuddin berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk mendapatkan rawatan pakar kulit.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*