Ibu rayu henti sebar video arwah anak semasa dijumpai, ini kronologi kejadian tragis kanak-kanak 2 tahun maut jatuh longkang
“SAYA merayu tolong jangan sebar video arwah semasa dijumpai. Hormat saya sebagai ibu arwah.”
Itu perkongsian ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang sejak kelmarin selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Baru, Melaka, yang ditemukan lemas pada 9.30 pagi semalam.
Mayat Muhammad Danish Mohd Faizal itu ditemukan di Taman Desa Baru dalam keadaan terapung kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi asal oleh seorang lelaki yang memaklumkan perkara itu kepada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Melaka.
Menerusi sebuah video di aplikasi TikTok, Nor Amiza Che Kar, 28, merayu kepada semua untuk tidak menyebar video arwah anak semasa dijumpai.
- Turut baca : Rebut peluang! Diskaun saman trafik 50% sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani
“Saya sendiri tidak ambil video. Bertambah sakit saya tengok. Saya merayu sungguh-sungguh jangan sebarkan. Duduklah di tempat saya,” coretnya.
Sementara itu, ini kronologi kejadian menyayat hati ramai;
1. Kehilangan anak ketiga daripada empat beradik itu disedarinya jam 3.30 petang, Sabtu, ketika sedang membungkus nasi kerabu pelanggan dalam keadaan cuaca hujan lebat.
2. Sebelum kejadian, ibunya memerhatikan Muhammad Danish dan kakaknya yang berusia empat tahun bermain hujan di tepi gerai jualannya, sebelum menyuruh mereka memasuki kereta dipakir di belakang untuk menukar pakaian.
3. Menurut Nor Amiza, kedua-dua anak selamat melangkah longkang dan masuk ke dalam kereta sebelum muncul seorang pelanggan membeli 10 bungkus nasi kerabu.
4. Selepas dia dan suami, Mohd Faizal Maarop, 38, selesai membungkus nasi kerabu ditempah, dia menoleh ke belakang dan melihat anak perempuan turun dari kereta, namun Muhammad Danish tidak kelihatan.
5. Bila ditanya, anak perempuan itu tidak tahu di mana adiknya menyebabkan dia dan suami terkejut dan segera mencari di sekitar namun tidak menjumpainya.
6. Menurut wanita yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan, itu dia dan suaminya kemudian mencari anak mereka di longkang di hadapan gerainya, selepas terpandang selipar Muhammad Danish di atas rumput berhampiran.
7. Suami turut meranduk dan menyelam di dalam longkang itu yang dipenuhi air dan berarus deras, namun gagal menemui anak mereka.
8. Mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru dan anggota bertugas turut membantu menghubungi bomba.
9. Sudah tiga tahun mereka berniaga nasi kerabu dan tidak menyangka diuji sebegini.
Semoga ibu bapa tabah dengan kehilangan anak ini.
Leave a Reply