{VIDEO} ‘Nak relax pun tak boleh’, kereta rempuh rumah cetus kebimbangan

TULAR rakaman sebuah kereta jenis perodua Axia merempuh sebuah rumah di kawasan perumahan yang dipercayai berlaku di Selangor pada Khamis.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman X (dahulu dikenali Twitter), pada mulanya, kereta terbabit dilihat memandu mengikut lorong yang betul.

Namun ketika di selekoh, kereta tersebut terus dipandu lurus sebelum merempuh dinding sebuah rumah.

Rakaman menunjukkan rempuhan kuat berlaku sehingga menghancurkan dinding ruangan rumah.

Turut baca :   {VIDEO} Eiii.. pengotornya! Warga asing buat muka tak bersalah selepas ‘berak’ dalam bas

Turut dilihat, rumah berwarna kuning itu memiliki tiga kenderaan yang diparkir berhampiran anjung rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet pelik melihat kelakuan pemandu tersebut.

“Yang duduk rumah itu, harap-haraplah selamat tidak terkena langgar. Bayangkan tengah duduk-duduk relaks secara tiba-tiba kena langgar, dalam rumah pun tak selamat,” tulis Su Hanah.

“Ada yang tutup mata dia (pemandu) ini, dia nampak jalan itu tegak sahaja,” tulis Mohammad Hairul Akmal.

“Bongol kecik dia boleh perasan, rumah besar boleh pula dia tak perasan,” tulis Rokot Konipir.

Namun, belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian, selain keadaan penghuni rumah dan pemandu kereta itu juga tidak dapat dipastikan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*