{VIDEO} Eiii.. pengotornya! Warga asing buat muka tak bersalah selepas ‘berak’ dalam bas

Tandas merupakan tempat awam yang disediakan di pelbagai lokasi supaya individu mudah untuk melakukan aktiviti buang air kecil dan air besar dengan selesa

Namun, berbeza dengan warga asing ini yang lebih selesa membuang air besar di dalam bas ekspres.

Baru-baru ini tular sebuah video di platform X yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pendatang asing dimarahi oleh pemandu bas ekspress gara-gara didapati melepaskan hajatnya dalam bas.

Apa yang lebih membuatkan orang ramai marah apabila lelaki tersebut membuat muka tidak bersalah setelah berak di dalam bas tersebut.

“Aku bawa kau jauh-jauh, kau berak dalam bas,” kata pemandu bas ekspres itu dengan nada yang marah.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 295.7K tontonan, 670 tanda suka dan 32 komen di platform X.

Berikut merupakan antara komen-komen netizen di platform X:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*