“Tak berhati perut…” Empat beradik termasuk bayi 10 bulan ditinggalkan di hadapan pondok pengawal

“Tak berhati perut…” Empat beradik termasuk bayi 10 bulan ditinggalkan di hadapan pondok pengawal.

Empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, Kampung Gajah, Perak pada Khamis.

Ketua Polis Da.erah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat berhubung kejadian itu diterima melalui Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah sekitar pukul 5.39 petang Khamis.

“Kejadian sekitar pukul 10.50 pagi itu membabitkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hafezul Helmi berkata, berdasarkan keterangan, adik-beradik malang itu dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota.

Turut baca :   {VIDEO} Suami berlagak gengster dengan pistol depan isteri, berakhir ini berlaku

“Hasil pertanyaan ke atas seorang kanak-kanak berusia 11 tahun itu, mereka dihalau dari sebuah rumah dekat Bota sebelum dihantar ke kompleks berkenaan menaiki kereta bersama wanita tidak dikenali.

“Turut ditinggalkan bersama mereka satu bungkusan plastik yang hanya berisi susu dan lampin pakai buang,” katanya.

Hafezul Helmi berkata, keempat-empat adik beradik itu dihantar ke Rumah Perlindungan Gopeng bagi tujuan keselamatan dan siasatan.

Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan ibu bapa dan waris kanak-kanak tersebut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*