Ketua Penerangan Beersatu diheret ke mahkamah tuduhan menghasut

Ketua Penerangan Beersatu diheret ke mahkamah tuduhan menghasut.

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Exco Terengganu berusia 57 tahun itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara 9.30 malam dan 11.30 malam pada 10 Nov di Padang Astaka di Chukai, Terengganu, semasa pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) untuk PRK Kemaman 2 Dis.

Razali yang juga Adun Kijal didakwa berkata kerajaan mengawal SPRM dan hakim.

Beliau turut didengar mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Petikan ucapan Razali telah dikongsikan di TikTok oleh @wancin11.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau adalah pemimpin PN kedua yang didakwa menghasut selepas Menteri Kedah Kedah Sanusi Nor mengaku tidak bersalah pada Julai atas dua pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap institusi diraja.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*