{VIDEO} “Syukur tali tidak putus” Detik cemas kren gondola dipukul ribut buat warganet kecut perut

BEBERAPA orang pekerja berdepan detik cemas apabila kren gondola yang dinaiki dilihat terhuyun-hayang dibadai angin dalam satu kejadian di sebuah menara di Jalan Kemuning di ibu negara.

Video kejadian yang berlaku pada jam 3.56 petang itu menjadi tular di laman sosial TikTok dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga maya.

Warganet meluahkan rasa cemas melihat kejadian terbabit dan dalam masa yang sama mendoakan keselamatan pekerja-pekerja berkenaan.

-“Seperti roller coaster. Takutnya”

-“Tidak periksa anginkah?”

-“Masya-ALLAH bahayanya, boleh jatuh.“

-“ Syukur tali tidak putus.”

-“Sepatutnya apabila cuaca tidak baik, kerja perlu dihentikan segera.”

-“Aku pula yang berpeluh tengok video, moga selamat semuanya.”

-”Allahuakbar, demi sesuap nasi, nyawa jadi taruhan.”

-”Kita yang lihat kecut perut, apatah lagi orang di dalamnya.”

-Ya ALLAH, moga selamat.”

Gondola tersebut kelihatan terhuyung-hayang ditolak angin seterusnya menghempas cermin dan besi bangunan.

MENERUSI VIDEO BERKENAAN, KREN GONDOLA YANG MEMBAWA DUA ORANG PEKERJA DITOLAK ANGIN KUAT BEBERAPA SEBELUM DI BERPUTAR DI UDARA.

Dalam masa yang sama, ia menghentam dinding bangunan sebelum tersangkut pada bahagian tepi bangunan setinggi 48 tingkat itu.

Peluang tersebut diambil pekerja pembersihan terbabit memanjat bahagian bumbung untuk menyelamatkan diri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*