Polis Selangor siasat video tular berkait Mohammad Agus

Polis Selangor akan memulakan siasatan berhubung penularan satu rakaman video perbualan lucah membabitkan seseorang lelaki mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dalam media sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan mengesahkan satu laporan telah diterima pihaknya berhubung penularan video berkenaan.

“Ya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi tiga minit tiga saat yang dikongsikan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard menerusi akaun aplikasi Tik Tok miliknya.

Rakaman video itu memaparkan perbualan lucah antara dua lelaki yang mana salah seorang boleh mirip Mohammad Agus.

Sementara itu, beberapa laporan media sebelum ini melaporkan Mohammad Agus mengesahkan menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*