“Alhamdulillah, saya selamat” Kereta pelakon Erysha Emyra tiba-tiba terbakar

KERETA milik pelakon baharu, Erysha Emyra terbakar di tepi jalan dalam satu kejadian semalam.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Erysha yang juga merupakan anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharudin memaklumkan kejadian cemas itu berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Satu kejadian trauma berlaku ketika saya nak pergi kerja. Alhamdulillah, saya selamat,” tulisnya.

Tambah pelakon berusia 23 tahun itu lagi, meskipun berada dalam keadaan panik ketika itu tetapi dia bersyukur berjaya menyelamatkan diri.

Namun, kereta jenis Mini Cooper miliknya tidak dapat diselamatkan.

Menerusi video pendek yang dikongsikan, kenderaan itu sudah hangus terbakar sepenuhnya sebaik sahaja pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Erysha juga tidak dapat menahan air mata apabila menyaksikan kereta kesayangan berwarna biru itu hangus 100 peratus di depan mata.

“Kereta saya tiba-tiba terbakar dan tidak dapat diselamatkan. Alhamdulillah saya dapat keluar daripada kereta tepat pada masanya, cuma panik sepanjang perjalanan.

“Ketika bomba tiba kereta saya sudah hangus terbakar. Selamat tinggal kepada rakan biru saya. Terima kasih atas ‘jasa’ anda selama ini,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa syukur kerana Erysha selamat dan tiada perkara buruk yang berlaku terhadapnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*