PM gesa, tidak permainkan isu Palestin untuk kepentingan politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak tidak mempermainkan isu Palestin untuk kepentingan politik.

Beliau berkata, kerajaan berpendirian rakyat Palestin perlu diberi keadilan setimpal mengikut undang-undang antarabangsa.

“Inilah suara demokrasi sebenar. Tak usahlah dipolitikkan. Masing-masing ada perbezaan cara tindakan.

“Jangan anggap isu ini boleh dipermainkan untuk dapatkan kepentingan politik,” katanya pada waktu pertanyaan perdana menteri di Dewan Rakyat.

Anwar menjawab pertanyaan Suhaizan Kayat (PH-Pulai) yang memintanya memaklumkan sama ada kerajaan mempunyai usaha tambahan dalam isu Palestin.

Dalam pada itu, Anwar berkata Malaysia tidak akan tunduk atau gentar dengan ugutan atau amaran daripada mana-mana pihak berhubung isu Palestin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*