Seorang lelaki di negeri Kerala nyaris maut selepas dibelit seekor ular sawa ketika cuba merakam swafoto bersama reptilia itu, lapor akhbar Daily Star semalam.
Pada 20 Oktober lalu, lelaki bernama Chandran itu membawa ular tersebut ke sebuah stesen minyak dalam keadaan mabuk untuk merakam swafoto.
Dia bagaimanapun rebah ke atas tanah apabila ular sawa itu mula membelitnya selepas meletakkan reptilia tersebut di belakang leher untuk merakam gambar.
Sejurus melihat situasi cemas yang dihadapi Chandran, seorang pekerja stesen minyak berdekatan bernama Abhishek bergegas menyelamatkannya.
- Turut baca : “Kita yakin dengan pertolongan Allah” Saya takkan tunduk ugutan demi perjuangan Palestin – Anwar
Ular itu kemudian menjalar lalu hilang di bawah lori berhampiran.
“Saya tidak pernah berdepan dengan ular tetapi apabila melihat Chandran bergelut, saya terus mendapatkan guni dan berlari ke arahnya.
“Dia bergelut dengan begitu sukar. Saya terpaksa menarik ekor ular itu dan tidak lama kemudian, ia melonggarkan cengkamannya lalu menjalar pergi,” kata Abhishek.
Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mangsa akibat kejadian itu.
Leave a Reply