PM : Malaysia tuntut gencatan senjata di Gaza

Malaysia menuntut agar gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza serta mendesak rejim Zionis Israel menghentikan serangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga mahu urusan bantuan kemanusiaan dipermudahkan serta kezaliman, kesengsaraan dan penderitaan yang dialami rakyat Palestin selama ini dinoktahkan.

“Mari bersama nyatakan pendirian tegas mengutuk pembantaian Zionis Israel ke atas Palestin malam ini sebagai satu pasukan yang berpadu dan utuh.

“Jumpa malam nanti!” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Anwar serta pemimpin-pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijadualkan menyampaikan ucapan masing-masing pada Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*