{VIDEO} Bahana mulut celupar, sepasang kekasih dibelasah 2 lelaki

POLIS menahan dua lelaki bagi membantu siasatan mengenai sepasang kekasih dipukul berhampiran kawasan Bandar Baru Air Itam, George Town, Pulau Pinang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, berdasarkan siasatan, kejadian pergaduhan itu berlaku kira-kira pukul 6 pagi Ahad, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan pertengkaran mulut.

“Ekoran kejadian itu, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 20-an pada hari sama dengan seorang daripadanya mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan kedua-duanya direman untuk siasatan lanjut.

“Polis telah membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta ugutan jenayah dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan menggunakan pisau pemotong kertas,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Soffian turut menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan rakaman video berhubung kejadian itu untuk mengelakkan sebarang spekulasi.

Video berdurasi 14 saat berhubung kejadian sepasang kekasih dipukul oleh seorang lelaki menjadi tular sejak Khamis dalam media sosial dan dikecam warganet.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*