Berang berpisah dengan isteri angkara lelaki lain, suami penggal kepala kekasih isteri, letak di hadapan rumah

Gara-gara berang berpisah dengan isteri angkara lelaki lain, seorang suami di daerah Tenkasi, India memenggal kepala kekasih wanita tersebut, lapor laman berita The Times of India kelmarin.

Suspek kemudian bertindak membawa kepala mangsa ke kampung isterinya di Tuticorin dan meletakkannya di hadapan rumah ibu dan bapa wanita tersebut.

Menurut sumber polis, si isteri menjalin hubungan sulit sehingga mengakibatkan perselisihan faham dengan suaminya. Dia kemudian tinggal bersama ibu dan bapanya.

Disebabkan marah, si suami bertindak menetak kekasih gelap wanita itu ketika mangsa sedang memerhatikan lembu-lembu peliharaannya meragut rumput di padang berhampiran, Khamis lalu.

Selepas memenggal kepala, suspek meletakkan anggota badan tersebut di hadapan rumah ibu dan bapa isterinya di Rajaputhukudi sebelum melarikan diri.

Polis daerah Tenkasi menemui mayat mangsa dan melancarkan operasi memburu suspek.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*