Sebagai pengguna jalan raya, peraturan ketika berada di jalan raya haruslah dipatuhi
Hal ini bagi mengelakkan daripada perkara yang buruk terjadi. Malah, mempunyai lesen untuk memandu atau membawa motosikal sangat penting.
Banyak kita boleh lihat zaman sekarang ini anak-anak muda yang menunggang motosikal tanpa lesen dan sebagainya.
Lain pula yang terjadi dengan video ini apabila dua orang budak sempat bersalam dengan abang polis selepas disaman telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan pada masa itu polis trafik sedang menahan dan menyaman dua orang budak lelaki yang dilihat tidak memakai topi keledar.
Namun, selepas menyaman dan bercakap dengan budak lelaki tersebut, dilihat mereka sempat menyalam dan mencium tangan abang polis tersebut sebelum beredar.
“Tahniah dik tinggi adab dan akhlak” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 182.7K views, 559 repost dan 1,113 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Santun je eh.. adk tu pun hormat abang polis tu
— neylinalia je (@iamnalianailaje) September 19, 2023
Beginilah sikap yg kita mahu… bila salah… akui dan belajar dari kesilapan… jgn ulang lagi… hormat pada yang lebih tua… yg muda di bimbing dan di sayangi. Undang-undang ada untuk membina masyarakat yg lebih bertanggungjawab.
— Sham Lorenzo Ruiz (@sham_lorenzo) September 18, 2023
Ni baru betul budi bahasa budaya kita
— Dayah Farid 🌙 (@dayahfarid) September 19, 2023
dah buat salah mengaku je & mntk maaf..ada rezeki abg polis maafkan terus settle..paling2 pun kena nasihat je
— apOtang_kUak (@faizalhasnan) September 19, 2023
Leave a Reply