{VIDEO} Ibu meraung sampai pengsan anak 5 tahun maut digilis lori depan mata

Satu kemalangan ngeri dilaporkan berlaku membabitkan seorang kanak-kanak yang maut digilis sebuah lori di Lingkaran Barat 3, Desa Kenali Besar, Kecamatan Alam Barajo, Indonesia pada Rabu.

Mangsa dikenali sebagai Sifa Hira Zara ataupun Ara, 5, maut digilis ketika membonceng motosikal bersama ibunya, Yelfika Prianti, 30, di laluan terbabit.

Ketika kejadian, Yelfika difahamkan cuba untuk memotong kenderaan di hadapannya.

Namun, kejadian tidak terduga berlaku apabila terdapat seorang kanak-kanak berbasikal melintas di laluan terbabit yang sekali gus menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Akibatnya, motosikal yang ditunggang terjatuh sebelum anaknya dilanggar lori terbabit.

Rakaman tular di laman media memaparkan wanita terbabit meronta dan pengsan selepas melihat kematian anaknya di depan mata.

Sifa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala ibunya dilaporkan pengsan di tempat kejadian.

Orang ramai juga cuba menenangkan wanita terbabit dan kini dia difahamkan sedang menerima rawatan di hospital.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika menunggang motosikal dan mematuhi undang-undang jalan raya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*