Plaza Melaka Sentral tak ubah seperti ‘mini Dhaka’

Lokasi di pintu masuk pelancong ke Melaka tidak ubah seperti ‘mini Dhaka’ apabila semakin ramai warga asing terutama Bangladesh membanjiri kawasan itu sejak lapan tahun lalu.

Tinjauan MalaysiaGazette di Plaza Melaka Sentral itu mendapati, puluhan warga asing ‘bersidai’ di kaki lima bangunan rumah kedai dua tingkat itu sehingga mencacatkan pemandangan Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan.

Keadaan itu turut diakui pekerja dan orang ramai yang bimbang kawasan ‘mini Dhaka’ itu menjadi tidak terkawal seperti di Pasar Borong Selayang, Selangor sehingga mengugat ketenteraman rakyat negara ini.

Plaza Melaka Sentral tak ubah seperti ‘mini Dhaka’
Normala Mohd Yusop

Pekerja pembersihan di bangunan berkenaan, Normala Mohd Yusop, 43, berkata, semakin ramai warga asing khususnya Bangladesh tertumpu di kawasan bersebelahan terminal bas dan teksi Melaka Sentral itu sejak lapan tahun lalu.

“Memang takut jugalah bila tengok warga asing ini semakin bertambah sampaikan saya rasa seperti berada di negara mereka dan bukannya tinggal di Melaka.

“Saya harap, kerajaan dapat pantau walaupun belum pernah saya diganggu mereka, namun eloklah kerajaan buat langkah pencegahan dari semasa ke semasa,” katanya di sini, hari ini.

Plaza Melaka Sentral tak ubah seperti ‘mini Dhaka’
Mohd Akrima Sukir

Pandangan sama dikongsikan pemandu e-hailing, Mohd Akrima Sukir, 50, yang turut mempersoalkan bagaimana warga Bangladesh mampu membuka perniagaan kedai runcit dalam lot plaza berkenaan.

“Itu yang saya pelik kerana perkara ini jika tidak dikawal boleh menjejaskan ekonomi rakyat malah tidak mustahil keadaan di sini boleh jadi seperti di Selayang, Selangor jika tidak dikawal.

“Pelik juga bila ada pejabat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di plaza ini namun aktiviti perniagaan warga asing ini masih berjalan seperti tiada kesalahan dilakukan,” katanya.

Kaki lima bangunan itu dipenuhi puluhan warga asing khususnya Bangladesh seawal pukul 8.30 pagi.

Sekitar 9 pagi, beberapa kedai runcit dipercayai dijalankan warga asing termasuk menjual barangan basah dilihat mula beroperasi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*