Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyindir Datuk Seri Shahidan Kassim dalam isu gagal membawa usul lepas tanpa bebas kepada melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, Ahli Parlimen Arau itu akhirnya kantoi apabila Pengerusi Jawatankuasa (JK) Khas Reformasi sendiri menyatakan pihaknya akan memanggil Peguam Negara berhubung perkara yang sama.
“Ha,ha, ha. Arau (Shahidan) kantoi di Parlimen. Pom pang pom pang konon isu kes DNAA perlu dibawa ke Parlimen.
“YB William, Pengerusi JK Khas Reformasi umum Parlimen akan panggil Peguam Negara untuk beri penerangan, rakyat boleh tonton,” ciapnya di akaun X hari ini.
Menurut Rafizi, Shahidan sendiri merupakan anggota Jawatankuasa Khas Reformasi dan didakwa sengaja mahu membuat isu politik dalam kes DNAA melibatkan Ahmad Zahid.
“Malas baca WhatsApp takyah wakil PN (Perikatan Nasional) dalam JK Khas Reformasi Parlimen,” sindirnya.
Sejak semalam, Shahidan dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal sibuk mahu membawa usul idu DNAA meloibatkan Presiden UMNO.
Leave a Reply