Terlibat aktiviti pengintipan di Norway, pelajar Malaysia ditahan

Terlibat aktiviti pengintipan di Norway, pelajar Malaysia ditahan.

Seorang pelajar Malaysia berusia 25 tahun telah ditahan di Norway kerana disyaki mengintip, termasuk melakukan kesalahan merakam tanpa kebenaran (wiretapping), lapor Polis Bantuan.

Stesen penyiaran Norway (NRK) melaporkan bahawa lelaki itu berasal dari Malaysia, namun Malaysia dipercayai tidak terbabit dalam kegiatan itu.

Agensi keselamatan domestik Norway yang dikenali sebagai PST, memberitahu media Norway bahawa lelaki itu ditangkap pada hari Jumaat lalu dan didakwa di mahkamah pada Ahad atas tuduhan melakukan pengintipan dan operasi risikan di negara tersebut.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan pihak berkuasa juga tidak mendedahkan negara yang terlibat dalam operasi tesebut.

“Kami belum pasti lagi dengan maklumat yang sedia ada. Kami berada dalam peringkat awal siasatan terperinci untuk mengumpul maklumat,” kata peguam PST, Thomas Blom.

“Dia (suspek) didakwa menggunakan pemasangan teknikal untuk aktiviti risikan isyarat haram.”

Polis turut merampas beberapa peranti elektronik pembawa data daripada lelaki itu.

Kata PST, suspek merupakan seorang pelajar, tetapi dia tidak mendaftar di institusi pendidikan di Norway, dan telah tinggal di Norway dalam tempoh yang singkat.

Menurut pihak berkuasa, NRK berkata, suspek didakwa ditangkap melakukan pengawasan isyarat secara haram di dalam sebuah kereta sewa berhampiran Pejabat Perdana Menteri Norway dan Kementerian Pertahanan.

Menurut keputusan mahkamah, lelaki itu telah dipenjarakan dalam tahanan praperbicaraan selama empat minggu dengan larangan menerima surat dan lawatan. Pegawai keselamatan berkata suspek tidak beroperasi bersendirian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*