Isu 3R: Polis buka dua kertas siasatan terhadap Muhyiddin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur 3R (agama, bangsa dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis akan memanggil Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pada 12 September ini untuk diambil keterangan berhubung siasatan tersebut.

“Ada dua IP (kertas siasatan) dibuka terhadap Muhyiddin susulan kenyataan beliau (berhubung) ‘fatwa’ dan kenyataan berkenaan orang Melayu akan hilang kuasa.

“Jadi ada dua IP dibuka dan kita akan panggil beliau pada 12 September untuk ambil keterangan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses mengundi bagi Parlimen Pulai di pusat pengundian Maktab Sultan Abu Bakar, di sini, pada Sabtu.

Ayob Khan berkata, buat masa ini, tiada kertas siasatan baharu dibuka melibatkan pemimpin parti politik lain berhubung isu 3R.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*