Suami ugut bunuh anak kerana isteri pertama tolak lakukan hubungan intim

Suami ugut bunuh anak kerana isteri pertama tolak lakukan hubungan intim.

Seorang lelaki di Tanjung Balai, wilayah Sumatera Utara ditahan polis kerana mengugut mahu membunuh isteri pertama dan dua anak lelakinya, lapor laman berita Kompas semalam.

Dalam kejadian Jumaat lalu, suspek yang dikenali sebagai SHH mengarahkan ketiga-tiga mereka tidak keluar rumah jika enggan dibunuh.

Suspek yang mempunyai dua isteri dikatakan berang selepas isteri pertamanya, NMS, enggan berasmara kerana penat keluar berniaga.

“Isterinya berniaga seharian untuk mencari nafkah buat anak-anak mereka dan mangsa ketika itu keletihan,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tanjung Balai, Asisten Komisioner Eri Prasetiyo.

Tanbah Eri, setelah menolak ajakan suspek, mangsa masuk ke bilik mandi sebelum suspek datang lalu mengugutnya.

“Suspek berkata ‘awas kalau awak keluar dari bilik mandi, saya akan bunuh awak’ sebelum dia mengasah pisau di dapur,” ujar Eri.

Tambahnya, mangsa kemudian berjaya keluar dari rumah sebelum suspek memanggil dua anak lelakinya masuk ke rumah serta mengancam mereka pula.

“Suspek mengugut kedua-dua anaknya supaya tidak keluar dari rumah jika enggan dibunuh. Si isteri kemudian melaporkan perkara itu kepada polis,” kata Eri.

Suspek kemudian ditahan dan didakwa kerana kesalahan berkaitan keganasan rumah tangga dan menganiaya kanak-kanak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*