Muhyiddin mula perkenal politik ekstrim pada Bangsa Johor

Muhyiddin mula perkenal politik ekstrim pada Bangsa Johor.

1. “Haram undi Suhaizan” kata Muhyiddin. Itu cara dia perkenal Politik Takfiri kepada Bangsa Johor yang dulu dia sendiri kata ‘SESAT’.

2. Mendengar ceramah PAS-PN yang disulam fitnah, masyarakat tidak jadi lebih RAHMAH sesama sendiri.

3. Lagi banyak didengar, lebih benci kita pada kelompok masyarakat lain atas nama agama kerana mereka PENGHUKUM, bukan PENDAKWAH.

4. Dulu kita kasih pada jiran2 dan rakan2, kini mereka dilihat sebagai ‘pendosa’ dan ‘lawan Islam’ sebab Muhyiddin dah kata ‘Haram’.

5. Dulu pilih pemimpin sebab kompitensi dan integriti, kini disuruh pilih pemimpin lembab, sembam dan perasuah kalau tak nak dicop ‘musuh Islam’.

6. Di pantai Timur, fikrah PAS sebabkan fenomena masjid dua Imam, isteri cerai berai, putus saudara, anak kafirkan bapa, tak makan sembelihan. Bangsa Johor dah sedia ke?

7. Di Johor negeri pelbagai kaum, masalah akan berganda. Perasan membenci, curiga dan iri hati sesama kaum disemai PAS bahayakan keharmonian masyarakat. Imej Islam buruk disebabkan PN-PAS kini.

8. Ibarat ‘bom jangka’ jika tak dikawal. Belajarlah dari pengalaman buruk banyak negara lain. Negara Indah tapi hancur bila perkauman dan agama jadi ‘modal’ ahli politik. Bukan lagi idea pembangunan dan visi.

9. Jangan bicara soal ekonomi, tarik pelabur, inflasi, peluang kerja. Itu bukan bahasa yang mereka fahami. Makanan mereka ialah sentimen api perkauman dan agama.

10. Menurut Al-Qardhawi, ciri-ciri Khawarij bersikap fanatik dan tidak segan guna kekerasan untuk capai tujuan. Kekang sebelum terlambat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*