Kepada yang “mengaku sayang suami” kalau suami dah sampai ke tahap ni janganlah dita gih lagi emas permata, sebaliknya pe luk erat tu buh lemah mereka. Disaat ini tiada yang lebih berharga berbanding sang isteri yang memahami.
Hari ni kandu ngan masuk bulan ke5.. Alhamdulillah, sihat dgn izin Allah s.w.t.. Bila tgok suami menangis sb duit gaji xcukup nak cover itu ini.. sya diam.. sya sedih tpi saya xmenangis depan suami… suami juga tak menangis depan saya, tpi saya perasan mata suami merah.
Bila dia tidur saya check dompet dia, Allahu.. Tinggal RM2… sya check. balanced dalam akaun maybank suami dengan maybank2u.. Allahu, tgal lagi RM50… Dlm hati mcm mana suami nak tampung belanja rumah, lagi 2 mgu baru gaji.. Hjung mggu suami ajak balik kg, saya tahu suami nak pinjam duit dari mak dan abah mertua..
Saya diam, saya tak tanya apa2.. saya cuma mengangguk apa yg suami kata.. saya ikut dia balik rumah mertua.. Sepanjang perjalnan suami diam, saya tahu suami susah hati.. Saya cuma tak henti2 berdoa, walau apa usaha suami utk mencari rezeki, sya minta Allah s.w.t mudahkan..
Sepanjang pindah ke tengah2 bandar, bukan sekali suami minta tlg dgn mertua.. Tapi alhamd, mertua selalu memahami. Gaji suami xbesar mana, saya tak bekerja, komitmen sana sini.. saya cuba cari kerja, tpi barangkali belum ada rezeki..
Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan, saya terpanggil untuk berniaga. Suami tgok keadaan saya dgn mengan dung, jalan pun kadang2 mcm itik sebab perot makin membesar, dia melarang saya. Tapi saya yakinkan dia saya sihat, saya boleh bantu dia. Saya minta dia beri keizinan dan doakan saya.
Alhamdulillah, suami akur. Dia tahu saya penat, tpi saya sembunyi, sebab itu dia selalu bantu saya tanpa saya suruh. Sambil dia tlg saya, ada masanya mata dia xberkedip pandang saya, pandang perot saya, saya perasan, tpi saya buat tak tahu. mcm2 sya ajak dia bergurau, semata2 saya tak nak suami sedih.. tak nak dia melayan perasaan dan apa yg sedang bermain difikiran dia..
Saya ckap dengan suami, jgn sedih tgok saya tlg dia, ini kepuasan saya. Saya tak pernh bagitahu dia yg saya selalu menangis saat pndang muka dia bila dia dah nyenyak tidur..
Dalam hati saya, suami ini Allah s.w.t hdirkn dgn kelebihan dan kekurangan. Kelebihan dia melengkapi kekurgan aku, dan kekurangan dia cuba utk aku sempurnakan dgn kelebihanku…
Buat Suami, inilah suami pertama dan ini juga yg terakhir jika diiznkan Allah s.w.t.. Tak pernah mengharap yg lbih baik kerana kebaikan akan datang jika kita memberi kebaikan. Terima Kasih utk sepanjang bersama.
Walau ada saatnya tak lari dri perasaan terluka sesama sendiri… namun, kekuatan dan kesabarn yg dimohon dri Allah s.w.t itu jauh lebih baik… moga Allah s.w.t memberkati semua hubungan suami isteri didunia ini. aaminn…
Turut baca : Lebih 70 maut dalam kebakaran, mayat ditemui bertimbun di pintu pagar keselamatan
Leave a Reply