Meracau atas papan tanda, lelaki cuba bunuh diri selepas isteri minta cerai.
Gara-gara isteri meminta cerai membuatkan seorang lelaki ‘hilang semangat’ apabila cuba membunuh diri dari sebuah papan tanda pada ketinggian 12 meter di Tasik Puncak Bestari, hari ini.
Lelaki tersebut berusia 50an turut berada di papan tanda dalam keadaan meracau serta berteriak kepada anggota bomba yang cuba menyelamatkannya.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8.35 pagi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati lelaki berkenaan turut mengugut untuk terjvn ke bawah pada ketinggian kira-kira 12 meter.
“Siasatan awal mendapati punca lelaki tersebut bertindak sedemikian ekoran isterinya telah meminta cerai.
“Sepanjang berada di papan tanda itu juga didapati lelaki berkenaan telah meracau sendirian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau menambah, pujukan yang berlangsung selama dua jam akhirnya berjaya menenangkan diri lelaki itu sebelum dibawa turun oleh anggota bomba dalam keadaan selamat.
“Proses pujukan juga dibantu isteri lelaki dan rakan-rakannya,” jelasnya.
Leave a Reply