{VIDEO} Pasangan sejoli kena samun lepas buat ‘projek’ dalam kereta

VIDEO tular pasangan kekasih didakwa sedang melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan bukanlah berlaku di Parit Buntar, Perak seperti yang dilaporkan oleh portal tempatan baru baru ini.

Berdasarkan laporan New York Post, kejadian yang berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu difahamkan berlaku di sebuah bandar di Brazil pada 17 Ogos tahun lalu.

Menerusi video berdurasi 45 saat tersebut, seramai tiga individu dilihat menghampiri kenderaan yang diparkir di satu kawasan yang agak sunyi.

Ketiga-tiga perompak itu dengan ganasnya cuba untuk membuka pintu kereta dan mahu segera membawa lari kereta tersebut, namun mereka dikejutkan dengan aksi panas oleh sepasang kekasih yang sedang membuat ‘projek’ di bahagian penumpang belakang kereta.

Kedua-dua lelaki dan wanita yang tidak berpakaian itu kemudian ditarik keluar dari kereta, malah baju-baju mereka juga dicampak ke luar.

Tanpa melengahkan masa, perompak berkenaan terus memecut kereta dan membiarkan pasangan itu bersendirian di atas jalan dalam keadaan membingungkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*