Nama seorang graduan diumumkan dengan penuh gemilang kerana menjadi yang terakhir dalam Sidang 26, Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-97.
Menerusi video yang dikongsi oleh seorang wanita yang menjadi pembaca nama graduan dikenali sebagai @yongmarina_ di akaun TikToknya, dia telah membacakan 180 nama tanpa henti.
Justeru, graduan yang terakhir diumumkan dengan cara yang penuh gemilang disertai dengan tepukan gemuruh daripada orang ramai.
“Selepas membaca 180 nama graduan terus menerus tapa henti pada Sidang 26, kita tutup Istiadat Konvokesyen dengan penuh gemilang.
“Tahniah buat para graduan dari UiTM Cawangan Melaka” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sehingga kini video tersebut mendapat 965,500 tontonan, 41,900 tanda suka dan 1,853 perkongsian.
Di ruangan komen mendapati ramai yang memuji bakat wanita itu yang boleh mengumumkan nama-nama graduan tanpa henti dalam satu-satu masa.
“Bestnya ada suara macam ni. Sedap je dengar, memang terbaik boleh umum banyak nama dalam satu masa,” komen Aina.
“Berbakatnya boleh berdiri dalam jangka masa yang lama dan sebut nama tanpa sebarang kesilapan,” komen Djazwan.
“Suara awak jadi kenang-kenangan buat kami. Terima kasih saudari pemanggil nama,” komen Sharfiq pula.
Leave a Reply