Exco Pahang dalam pesawat terhempas di Elmina

Exco Pahang Johari Harun dikatakan berada dalam pesawat terbang ringan yang terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam petang ini.

Speaker DUN Pahang Mohd Sharkar Shamsudin antara yang mengumumkan perkara itu dan mengucapkan takziah.

“Berita yang menyedihkan, YB Datuk Seri Johari Harun, exco kerajaan negeri Pahang, ketua Umno bahagian Bentong dan Adun Pelangai telah kembali ke rahmatullah, terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

“Semoga eoh Allahyarham dicucuri rahmat. Al Fatihah,” tulisnya di media sosial.

Selain Sharkar, pemimpin DAP Pahang Young Syefura Othman juga membuat ucapan sama di media sosial.

“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini.

“Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama allahyarham Datuk Seri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak,” katanya.

Beberapa media turut melaporkan kematian exco negeri itu tetapi tidak menyebut nama.

Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan perkara itu buat masa ini.

Pihak berkuasa setakat ini belum mendedahkan jumlah dan identiti mangsa insiden itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*