“Halal untuk ku tetapi haram untuk kamu…” MB Terengganu pegang 5 jawatan, netizen tunggu komen MP Bachok

Sindiran Ahli Parlimen Bachok, Syhir Sulaiman dalam debat beliau dengan Rafizi Ramli bahawa penghulu di kawasan beliau tidak ada yang juga menjadi bendahari terjawab apabila perlantikan menteri besar dan exco Terengganu dibuat.

“Halal untuk ku tetapi haram untuk kamu...” MB Terengganu pegang 5 jawatan, netizen tunggu komen MP Bachok

Semalam, MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan beliau juga memegang Exco Kewangan dan tiga lagi portfolio dalam kerajaan negeri selain MB.

Dalam debatnya dengan Menteri Ekonomi, Syahir menyindir perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau juga memegang jawatan Menteri Kewangan.

Ia dijawab oleh Rafizi bahawa pendekatan yang dibuat oleh Anwar berbeza dengan kerajaan sebelum ini di mana Anwar hanya memegang kuasa belanja mengurus sahaja manakala belanja pembangunan yang terletak di bawah Menteri Kewangan dipegang oleh Menteri Ekonomi iaitu beliau.

Ekoran pengumuman Samsuri bahawa beliau juga memegang portfolio kewangan, para netizen menyindir Syahir.

Che Ibrahim Mohamed dalam komennya menulis, “Kita tunggu apa Syahir Sulaiman komen…”

Ghani Sidik pula menulis dengan penuh sindirin. “Halaluna w haroomukum,” tulis Ghani yang bermaksud “halal untuk ku tetapi haram untuk kamu”.

Rizah Bin Che Ali pula menulis, “Mereka buat bolih semua.” manakala Awaludin Arshad pula menulis, “Dah tentu ada dalilnya.”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*