Disumbat di dalam bagasi sebelum dibawa lari, motif penculikan budak kecil jadi tanda tanya

SELEPAS pecah masuk sebuah rumah, dia menyorok sebelum menculik seorang kanak-kanak perempuan warga Korea Selatan.

Itu strategi jahat yang dilakukan seorang penjenayah dalam satu kejadian yang mencetuskan huru-hara di Pulau Cebu, Filipina baru-baru ini.

Insiden tersebut amat memeranjatkan penduduk setempat, malah mendapat liputan meluas akhbar tempatan dan Korea.

Disumbat di dalam bagasi sebelum dibawa lari, motif penculikan budak kecil jadi tanda tanya

Lapor The Korean Herald, si kecil berusia lapan tahun itu disumbat di dalam sebuah bagasi bersaiz besar sebelum dibawa lari.

Difahamkan, Jin Nichole You dilarikan pada waktu tengah hari pada Khamis minggu lalu menggunakan sebuah kereta.

Menurut laporan pihak berkuasa, gerak-geri suspek yang dipercayai berusia 30 tahun itu terakam melalui rakaman televisyen litar tertutup milik orang awam.

Melalui video pendek yang tular di media sosial, suspek dilihat mengheret sebuah bagasi sebelum hilang dari lokasi kejadian.

Kehilangan kanak-kanak perempuan itu hanya disedari ibu bapa mangsa selepas tidak pulang ke rumah.

DITEMUI SELAMAT

Berita kehilangan mangsa mendapat respons pantas daripada semua orang.

Tak kira polis, pihak kedutaan dan famili mangsa, rakyat Korea Selatan yang tinggal di kepulauan itu turut berkongsi maklumat di media sosial.

Mereka berkongsi info seperti model kereta dan nombor pendaftaran suspek di media sosial.

Nampaknya usaha keras mereka berbaloi apabila penjenayah yang dikaitkan berjaya ditangkap kurang lima jam selepas hebahan tersebar.

Disumbat di dalam bagasi sebelum dibawa lari, motif penculikan budak kecil jadi tanda tanya Disumbat di dalam bagasi sebelum dibawa lari, motif penculikan budak kecil jadi tanda tanya

Suspek berjaya ditahan pada hari yang sama.

Budak perempuan itu ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pun demikian, motif pecah masuk dan penculikan masih lagi dalam siasatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*