Sakau REE, saya cari sampai ke lubang cacing – Anwar.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya akan memastikan tidak ada siapa pun berpeluang mencuri harta rakyat di negeri ini untuk kepentingan masing-masing, termasuk berkaitan unsur nadir bumi (REE) di Sik, dekat sini.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, kerajaan di bawah pentadbirannya mengambil berat perkara tersebut untuk memastikan sumber kekayaan negeri ini dikembalikan kepada rakyat.
“Kamu hina saya, hina isteri dan anak-anak, macam-macam bukan setahun, dua tahun tetapi 10 tahun, saya maafkan. Tetapi saya nak tanya saudara kalau abang semua kena pukul setengah mati, nak maaf tak?
“Tetapi saya maafkan. Saya nak jadi ketua yang bagi contoh baik tetapi kalau kamu curi harta rakyat, projek rakyat, sakau harta rakyat dan curi nadir bumi (REE), saya tak maafkan.
“Saya akan cari sampai dapat. Orang susah nak dapat RM100, nak cari makan susah, hangpa senang-senang nak sakau,” katanya pada Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Naka..
Pada ceramah itu Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa pertemuan beliau dengan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang digembar-gembur sebelum ini bukan bertujuan perniagaan.
“Anwar bawa seorang pedagang Indonesia pasal unsur nadir bumi. Saya nak jawab ini, siapa pun boleh buat permohonan dan isunya hang curi, reti tak? Curi tanah negeri, hang curi hang kena jawab. Masalah dia curi hang nadir bumi tak ada kebenaran.
“Saya pergi istana mengadap Tuanku, kita tak bercakap tentang berniaga. Nak tahu tanya Tuanku, saya kata nak ziarah Almarhum Tuanku Abdul Hamid (Halim Shah). Minta kebenaran Tuanku. Apabila berjumpa dengan Mufti Kedah, beliau kata kenapa tak ziarah makam Perdana Menteri pertama sekali, Tunku Abdul Rahman Putra oleh kerana saya PMX,” katanya.
Beliau turut menyentuh tentang sikap pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mempersoalkan tindakan kerajaan menaikkan harga subsidi padi baru-baru ini sebagai bukan perkara baharu.
“Masa jadi Menteri, pasai apa Bersatu dan Pas tak buat? Dia kata memang bercadang nak buat. Saya tanya pasal apa hang tak buat? Saya kurang enam bulan sudah buat, sudah 25 tahun subsidi tak naik,” tambahnya.
Leave a Reply