PAS beri bayangan Nik Amar teraju Kelantan

PAS beri bayangan Nik Amar teraju Kelantan.

PAS menawarkan kepimpinan baharu menggabungkan agamawan dan teknokrat bagi menerajui Kelantan, jika ia menang esok.

Ketika ini, jawatan itu dipegang Ahmad Yakob dan Timbalannya, Amar Nik Abdullah.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata kepimpinan parti juga bersetuju mengekalkan Sanusi Nor sebagai menteri besar Kedah dan Ahmad Samsuri Mokhtar menerajui Terengganu.

“Bagaimanapun, cadangan tawaran kepimpinan itu tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan sultan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, ia hasil keputusan mesyuarat jawatankuasa harian PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden Hadi Awang di Rusila, Terengganu semalam.

Kenyataan itu menguatkan spekulasi Amar, yang menjadi timbalan Ahmad sejak 2013, disebut-sebut menggantikannya untuk menerajui Kelantan.

Ia selepas Ahmad mengumumkan pencalonannya di DUN Pasir Pekan pada PRN ini yang terakhir.

Beliau dilantik menteri besar Kelantan sejak 2013 dan merupakan Adun Pasir Pekan sejak 1995.

Samsuri dan Sanusi pula memimpin Terengganu serta Kedah sejak 2018 dan 2020.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*