Kes menantu Muhyiddin, PDRM sedia bantu SPRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung permohonan notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap menantu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhammad Adlan

Ia berikutan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedia memberikan kerjasama melibatkan bantuan kepada SPRM.

“Kerjasama dengan pihak SPRM, kita akan bantu apa sahaja, itu tidak jadi masalah antara agensi sesama agensi,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan SPRM akan memohon Notis Merah polis antarabangsa (Interpol) terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan seorang lagi individu yang dipercayai melarikan diri dalam kes tersebut.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki, berkata permohonan itu akan dilakukan dengan bantuan PDRM dalam masa terdekat.

Individu pertama yang dicari SPRM ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, manakala, seorang peguam, Mansoor Saat, 69, beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*