Bahayanya! Wanita maut selepas termakan pujuk besarkan payudara.
Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas empat hari menjalani pembedahan pembesaran payudara.
Pembedahan tersebut dipercayai dilakukan ‘pakar kecantikan’ tidak bertauliah di sebuah pusat kecantikan di Mutiara Rini, Skudai, Johor.
Malangnya, difahamkan suri rumah berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Chen, meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.
Memetik laporan akhbar berbahasa Cina tempatan, berikut info kejadian;
1. Suami mangsa dikenali sebagai Wong berusia 32 tahun berkata, mangsa dimasukkan ke hospital selepas mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada pembedahan pembesaran payudara asid hyaluronik.
2. Difahamkan, pada mulanya mangsa merancang untuk menjalani pembedahan ‘menarik benang’ muka mikro untuk menjadikan kulitnya lebih tegang.
3. Namun pakar kecantikan itu memujuk isterinya untuk menjalani pembedahan pembesaran payudara.
4. Wong mendakwa selepas melakukan pembedahan itu, isterinya mengalami sakit dada.
5. Ketika isterinya cuba membayar perkhidmatan itu, jurusolek itu dilaporkan enggan menerima bayaran tersebut.
6. Keesokan harinya (30 Julai), Chen masih sangat tidak sihat. Ditemani seorang rakan, dia pergi ke klinik berhampiran untuk konsultasi pada waktu tengah hari. Selepas berunding, doktor membuat kesimpulan bahawa ia disebabkan oleh ubat bius yang berlebihan.
7. Sekitar jam 7 malam, keadaannya tidak pulih. Lukanya masih sakit dan tidak selesa. Dia segera ke hospital swasta berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
8. Mangsa kemudian dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi 2 Ogos selepas tidak boleh berjalan lagi. Dia meninggal pada jam 7 pagi. Upacara pengebumian dan pembakaran mayat dilakukan kelmarin, di Wisma Tiong Hua, Johor Bahru.
9. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan kejadian itu. Menurut Rahmat, siasatan lanjut sedang dijalankan dan orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi.
Justeru, buat orang ramai, pastikan pusat kecantikan mempunyai sijil dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum menerima apa-apa rawatan ya.
Leave a Reply