Gara-gara ditegur agar tidak meninggalkan anaknya dalam pasar raya membuatkan seorang wanita dipercayai kurang siuman mengamuk kepada pengawal keselamatan premis itu, hari ini.
Insiden itu tular menerusi sebuah video berdurasi 44 saat di laman Twitter.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan video berkaitan kira-kira pukul 12.39 tengah hari selepas dimuat naik di Twitter kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Katanya, berdasarkan video tersebut didapati memaparkan seorang individu mengamuk di hadapan pasar raya besar tersebut.
“Punca kejadian disebabkan pihak pengawal pasar raya berkenaan telah meminta individu tersebut untuk tidak meninggalkan anaknya apabila keluar daripada premis tersebut.
“Hasil semakan mendapati terdapat satu laporan polis telah dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira pukul 9.13 lagi hari ini berkaitannya,” katanya.
Jelas beliau, berdasarkan laporan adalah seorang wanita yang belum diketahui identitinya bersama dua anaknya telah diselamatkan.
Ujarnya, mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapatkan rawatan kerana disyaki kurang waras.
“Tiada sebarang dokumen diri diperoleh daripada individu tersebut. Kes diklasifikasikan rujuk lain agensi (RLA) ke JKM,” katanya.
View this post on Instagram
Leave a Reply