Empat ‘lembaga hitam’ di Stadium MBPJ curi tumpuan

Empat ‘entiti hitam’ yang berada di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia antara PDRM FC dan Selangor FC, malam tadi, nyata mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Empat individu yang memakai pakaian serba hitam dengan menutup seluruh badan mengejutkan penyokong yang hadir, malah menganggap ia umpama ‘lembaga hitam’ yang sedang menonton perlawanan di stadium.

Tindakan individu terbabit jelas unik dan jarang berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Walaupun kemungkinan terdapat maksud tersirat di sebalik tindakan itu, rata-rata penyokong terhibur hingga ada yang menganggap kehadiran mereka umpama ‘lembaga hitam’ dan tular di media sosial.

“Aku ingatkan stadium berhantu tadi,” tulis zacabdrahman.

“Nak kata tangan ghaib bukan. Tu lembaga hitam, hahahaha,” kata jeff_pydin.

Manakala razakbosku704 pula berkata, “Kau panggil bunian apa ni haha”.

Dalam aksi itu, skuad Red Giants bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan PDRM dengan keputusan 4-1.

Selepas ini, kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi timbal balik di venue sama pada 19 Ogos ini bagi menentukan pasukan yang mara ke suku akhir.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*