{VIDEO} Parkir tempat gelap, wanita menangis rim tayar kereta dicuri

Seorang wanita menangis kesedihan apabila menyedari dua tayar serta rim kereta miliknya dicuri ketika dia ingin mengambil kenderaannya selepas pulang bekerja.

Menerusi perkongsian klip video di Facebook Kepala Berputar, memaparkan kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di kawasan parkir stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Teluk Pulai, Klang.

Berdasarkan video berdurasi 35 saat itu, kawasan parkir berkenaan dilihat tiada lampu dan gelap selain tidak mempunyai pengawal untuk memantau keselamatan kenderaan.

Bagaimanapun, kereta wanita terbabit masih mempunyai dua lagi tayar dan dilihat dalam keadaan baik serta tidak mengalami kehilangan barang lain.

“Saya berseorangan di sini dan engkau tengok dia curi tayar. Macam mana nak balik ni. Ya Allah, stresnya,” katanya dengan nada sedih.

Sehubungan itu, rata- rata orang ramai mengecam tindakan si pelaku yang menyusahkan orang lain selain menasihatkan wanita berkenaan untuk tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang berbahaya.

“Mudah-mudahan yang mencuri itu dikenakan balasan yang setimpal. Naya betul,” luah Zul.

“Sebab tu penting parkir berbayar, dari rugi beratus ringgit. Zaman sekarang zaman gila,” kata Madi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*