{VIDEO} Kes curi di Tesco : ‘Terkesan betul aku dengar storytelling brother ni…’

Baru-baru ini, tular satu video seorang pegawai polis di Pulau Pinang menceritakan kisah sedih seorang individu yang terpaksa mencuri demi keluarga tercinta.

Melalui video tersebut, pegawai berkenaan memberitahu dirinya mendapat laporan daripada pihak pasar raya terkenal bahawa terdapat seorang individu lelaki cuba mencuri, namun gagal selepas ditangkap oleh pengawal keselamatan disana.

3 kali aku tanya guard tu, takkan nak tangkap juga. Nilai curi tak sampai RM10.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan itu tetap berkeras agar polis itu menangkap ‘pencuri’ terbabit kerana itu adalah arahan orang atasan pasar raya terkenal tersebut.

Pegawai polis tersebut akur tetapi tetap bertanya kepada individu tersebut sebab dirinya mencuri, alangkah sedihnya pegawai terbabit setelah individu itu berkata dia berbuat demikian kerana mahu memberi makan kepada anak di rumah.

Bila Timbalan aku dapat tahu cerita ni, kena maki guard tu tapi dia kata hanya ikut arahan pihak atasan.

Setibanya pihak atasan yang merupakan seorang wanita datang di balai polis tersebut, dia tetap berkeras dengan meminta ‘pencuri’ itu bayar 10 kali ganda daripada harga roti yang dicuri.

Kebanyakkan netizen yang mendengar kisah yang diceritakan oleh pegawai tersebut berasa sebak dan turut berterima kasih kepada Timbalan yang terlibat kerana membantu lelaki terbabit.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*