{VIDEO} “Teringat anak sendiri dirumah” Pembaca berita gagal tahan sebak ulas budak 4 tahun kemalangan

Tular di media sosial mengenai satu video memaparkan seorang pembaca berita wanita yang dirakam tidak dapat menahan sebak ketika bersiaran secara langsung pada malam semalam.

Pembaca berita, Norintan Ezreen Amir Hamzah dilihat sebak dan tidak dapat mengawal emosi ketika menyampaikan berita mengenai seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Dalam beberapa video yang menjadi tular itu, Norintan seperti tersentuh dan netizen beranggapan mungkin ia adalah naluri seorang ibu dan terbawa-bawa dengan insiden menyayat hati itu.

Difahamkan, Norintan juga mempunyai seorang anak seusia dengan mangsa kemalangan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkesan dengan detik yang sungguh beremosi itu.

Kata mereka, mereka turut berasa sedih apabila pembaca berita itu sendiri yang menunjukkan rasa sebak secara langsung, terus saja teringat anak-anak di rumah.

Ya Allah, sebak tengok pembaca berita baca tentang berita mungkin membayangkan anak-anak sendiri sebaya dengan anak syurga tersebut.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah dilanggar sebuah kereta SUV ketika dia melintas di sebuah jalan berlokasi di SS 9A/8 Sungai Way, semalam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*