“Betul dah mampus lega” – Komen biadap terhadap Allahyarham Salahuddin Ayub, TikTokers tampil mohon maaf. Fitnah dan kutuk terlebih dahulu dan akhirnya memohon maaf menjadi semacam SOP dalam kalangan penyokong Perikatan Nasional (PN).
Terbaharu, TikTokers Syed Mohd Nazli tampil mengemukakan permohonan maaf susulan kembalinya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub ke rahmatullah.
Menerusi klip video berdurasi lima minit itu, Syed Mohd Nazli memohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki ekoran komennya di dalam TikTok Awani berkenaan berita meninggal dunianya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Betul dah mampus lega,” katanya membacakan kembali komentarnya serta mengakui kenyataan itu sebagai amat biadab dan teruk.
Sehubungan itu, dia meminta maaf kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ahli Parlimen Pulai berkenaan selepas mengakui dia adalah ‘manusia biasa’.
Dia mengakui apa yang dilakukannya adalah kesalahannya 100 peratus yang tidak sepatutnya dia ungkapkan.
Leave a Reply