Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub segera sembuh selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan dalam otak.
Anwar berkata, setakat ini beliau dimaklumkan tahap kesihatan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu terkawal.
“Kita doakan semoga semuanya selamat,” katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.
Sebelum itu, beliau merasmikan Majlis Ramah Mesra Warga Felda di Masjid Al-Ghufran, Felda Chiku 5 di sini.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan Salahuddin yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya akan melawat Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai pada Ahad bagi mengetahui dengan lebih lanjut perkembangannya.
Leave a Reply