“Kalau mahal tak payah beli” – Dek kerana jual umpan RM8, kanak-kanak perempuan ditendang pelanggan

Hanya kerana menjual umpan cacing dengan harga RM8, seorang lelaki mendakwa anak perempuannya cedera ditendang oleh seorang pelanggan.

‘Kalau berani tampilkan diri’

"Kalau mahal tak payah beli..." Dek kerana jual umpan RM8, kanak-kanak perempuan ditendang pelanggan

Menerusi hantaran di Facebook, seorang lelaki yang dipercayai merupakan bapa kepada kanak-kanak tersebut meluahkan rasa tidak puas terhadap tindakan yang dilakukan pelanggan tersebut.

Salam, saya tak teragak-agak untuk buat report polis. Kalau tak nak beli umpan tak payah la tendang anak perempuan saya.

Kalau rasa RM8 mahal tak payah beli, kalau berani sila tampilkan diri.

Ujar lelaki itu lagi, dia sedang menanti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada jiran berdekatan yang berkemungkinan merakam kejadian tersebut.

Saya tengah tunggu (rakaman) CCTV lengkap, tak kira siapa saya akan buat (laporan) kes ya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan pelaku terbabit yang sanggup mendatangkan kecederaan kepada anak kecil.

Respon netizen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*