Wanita dibunuh secara kejam, mata dicungkil, lidah dipotong, alat sulit dicacatkan

Satu pembunuhan ngeri berlaku kepada seorang wanita yang diserang dengan kejam sehingga membawa maut didakwa akibat pertikaian tanah.

Memetik laporan India.com, kejadian tersebut berlaku pada petang Sabtu di kampung Mehandipur, Bihar yang menyaksikan seorang wanita berusia 45 tahun diserang oleh empat orang lelaki berbasikal ketika mangsa sedang menyemai padi.

Menurut saksi, mereka dengan kejam memukul mangsa sehingga mati dan mencacatkan anggota tubuhnya.

Empat orang yang menaiki dua basikal membelasah wanita itu ketika dia sedang bekerja. Mereka mencungkil matanya dengan pisau, memotong lidah dan mencacatkan alat sulitnya. Dia maut di tempat kejadian.

Ahli keluarga mangsa mendakwa lima orang jiran mereka sebagai suspek yang melakukan pembunuhan kejam itu berikutan insiden pembunuhan pernah berlaku terhadap suami dan abang ipar suspek.

Difahamkan keluarga mangsa dan jiran mereka pernah terlibat dalam satu pertikaian berhubung masalah tanah sebelum ini.

Susulan itu, polis telah berjaya menahan empat orang suspek dan siasatan lanjut berkenaan kes tersebut sedang dijalankan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*